Alatubah arus Alatubah

Alatubah arus pula mempunyai fungsi yang sama seperti alatubah voltan tetapi dikendalikan untuk merendahkan nilai arus ulang alik sahaja. Alatubah kerap digunakan pada bahagian papan suis utama (Main Switch Board - MSB). Kebiasaannya alatubah arus digunakan pada pengguna Large Power Consumers (LPC) atau dengan lebih mudahnya Pengguna Kuasa Besar bagi sektor komersial, perdagangan dan pertanian bagi negara Malaysia. Tujuan merendahkan nilai arus ulang alik adalah untuk tidak merosakkan komponen elektrik atau elektronik seperti meter elektrik (TNB / SESB / SESCO). Alatubah arus mempunyai 12 jenis antaranya :

  1. 2000/5A
  2. 1600/5A
  3. 1200/5A
  4. 1000/5A
  5. 800/5A
  6. 600/5A
  7. 500/5A
  8. 400/5A
  9. 300/5A
  10. 200/5A
  11. 150/5A
  12. 100/5A

Nilai arus sekunder telah ditetapkan kepada nilai 5 Ampere sahaja. Manakala nilai arus primer pula ditentukan melalui proses pemerolehan bekalan elektrik dari syarikat pembekalan elektrik semasa pendaftaran permohonan bekalan elektrik berdasarkan permintaan kuasa yang diminta oleh wakil pengguna. Semakin besar kemampuan sesuatu industri maka semakin besar nilai bekalan masukan yang akan diberikan oleh syarikat pembekalan elektrik mengikut kiraan beban kuasa ketara (kVa). Semakim tinggi nilai beban kuasa ketara (kVa) maka semakin tinggi bekalan voltan tinggi akan diberikan mengikut piawaian yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga antaranya :

  1. 33kV
  2. 22kV (Johor dan Perak sahaja)
  3. 11kV
  4. 6.6kV (masih terdapat di Johor dan Perak)

Rujukan

WikiPedia: Alatubah http://books.google.ca/books/about/Electrical_Tran... http://books.google.ca/books/about/Transformer_and... http://books.google.ca/books?id=HFFo2TNIu88C&print... http://books.google.ca/books?id=Jg1xA65n56oC&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=Sf1ppwGI6uYC&print... http://books.google.ca/books?id=THO9U9f2m9EC&print... http://books.google.ca/books?id=paPKsOXn5FMC&print... http://books.google.ca/books?id=qy4QT0BlV0MC&print... http://www.afrotechmods.com/videos/transformer_tut... http://www.allaboutcircuits.com/vol_2/chpt_10/6.ht...